Bincang Kesehatan Bersama PSMTI, Rekan-Rekan Bisnis Korporate dan Pelanggan Setia KPJ di Tanjungpinang

533

Tanjungpinang, posmetrobatamco: Bersempena dengan Sambutan Imlek 2025, KPJ Wilayah Selatan telah mengadakan Majlis Undangan Dinner, Silaturahim dan Bincang Kesehatan Bersama rekan-rekan bisnis korporate dan pelanggan setia KPJ di Tanjung Pinang. Turut hadir pada majlis tersebut adalah (TBC).

Untuk makluman pada tahun 2024, 20,000 pesakit Indonesia mendapatkan rawatan di RS KPJ terutamanya dari Kepulauan Riau, Batam, Tanjung Pinang dan Karimun telah mendapatkan rawatan seperti kanker, jantung, pemeriksaan kesihatan dan ortopaedik (tulang) di rumah sakit KPJ terutamanya di KPJ Johor, KPJ Puteri, KPJ Bandar Dato‘ Onn dan KPJ Pasir Gudang.

KPJ Wilayah Selatan merupakan peneraju utama industri kesihatan swasta di negeri Johor sebagai hub kesehatan untuk rawatan dan prosedur kardiologi sepertio Hospital Pakar KPJ Puteri (“KPJ Puteri), Hospital Bandar Dato Onn, Hospital Pakar KPJ Kluang (“KPJ Kluang”) sudah menyediakan perkhidmatan Catheterisation Laboratory (“Cath Lab” atau “makmal jantung”).

BACA JUGA:  Simak Fakta Soal Diabetes Yang Disebut-Sebut Sebagai Penyakit Yang Wajib Minum Obat Selamanya, Atau Sebaliknya Bisa Sembuh Tanpa Obat

Menurut Maisarah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Wilayah Selatan sebelum ini, dua daripada hospital kami di Wilayah Selatan-Hospital Pakar KPJ Johor (“KPJ Johor”) dan Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (“KPJ Pasir Gudang”) telah memulakan operasi makmal jantung masing-masing, menjadikan lima buah Cath Lab secara keseluruhannya beroperasi di Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan yang mampu merawat pesakit jantung di beberapa daerah di negeri Johor.

Beberapa inisiatif baharu telah dilaksanakan untuk mempertingkat siap siaga Syarikat dengan jangkaan peningkatan jumlah pesakit antarabangsa, termasuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan-kemudahan seperti lobi hospital dan peralatan perubatan, serta katil-katil tambahan, kerusi dialisis dan dewan bedah untuk memberikan keselesaian yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pesakit.

BACA JUGA:  Apakah Anda Salah Satu dari empat Zodiak ini? Masalahnya Kesulitan Melupakan Masa Lalu dengan Mantan, akan Menghantui!

Ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana lebih 100 buah katil baharu akan disediakan pada tahun ini, menjadikan lebih 900 katil sedia untuk beroperasi di seluruh Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan.

“Selain itu, Premier Lounge khas untuk pelancong kesihatan yang tiba di sempadan negara melalui Terminal Feri Stulang, Johor Bahru bagi memudahkan ketibaan dan pergerakan para pesakit dibuka pada suku kedua 2025 di terminal,” ujarnya.

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada pesakit antarabangsa, lebih ramai doktor pakar juga dijangka menyertai Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan tahun ini daripada pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan.

“Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada pesakit antarabangsa, lebih ramai doktor pakar juga dijangka menyertai Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan tahun ini daripada pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan,” kata Maisaroh Omar.

BACA JUGA:  Rutan Batam Gelar Razia Gabungan, Petugas dan WBP Dites Urine, Hasilnya…

Antara kepakaran yang diperlukan adalah nefrologi, breast and endocrine, telinga, hidung dan tekak (ENT), dan orthopedik. Pada majlis tersebut juga diadakan bincang kesihatan oleh empat orang doktor pakar KPJ iaitu Doktor Noorashikin Maan, Pakar Obgyn dari KPJ Johor dan Doktor Lim Hong Chun, Pakar Ortopedik dari KPJ Puteri dan Doktor Azrina Abdul Kadir, Pakar Kardiologi dari KPJ Pasir Gudang dan Doktor Tye Yi Loon, Pakar Nefrologi dari KPJ Bandar Dato Onn.(*/hbb)